Container Icon

PERATURAN BENGKEL MPV

PERATURAN AM


  • Kebenaran guru hendaklah diperolehi sebelum memasuki bilik, stor dan nurseri.
  • Peralatan dan bahan kimia dalam stor/bengkel tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru.
  • Peralatan dan bahan kimia bengkel hanya boleh digunakan atas arahan dan bimbingan guru.
  • Semua peralatan dan bahan perlulah diambil dengan cermat dan berhati-hati.
  • Semua peralatan/bahan kimia yang telah digunakan hendaklah dikembalikan di tempat asal.
  • Semua peralatan bengkel hendaklah dibersihkan selepas digunakan.
  • Kerja amali hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran guru sahaja.
  • Peralatan yang rosak ( pecah, patah dan sebagainya ) perlu dilaporkan dengan segera kepada guru.
  • Sebarang kemalangan yang berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada guru yang bertugas.
  • Bahan kimia bengkel yang digunakan hendaklah diselia dan dibimbing oleh guru.
  • Pelajar dikehendaki menjaga kebersihan, peralatan dan sususan perabot supaya kemas dan teratur.
  • Elakkan membuang sebarang sampah di sekitar kawasan bengkel dan nurseri.
  • Hanya buku dan peralatan belajar sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam bengkel untuk P&P.
  • Bahan dan alat Kit Pertolongan Cemas boleh digunakan dengan kebenaran dan pengawasan guru.
  • Pelajar dilarang bermain-main di dalam bengkel dan di sekitar nurseri.
  • Pelajar dilarang mengambil sebarang hasil nurseri dan anak pokok tanpa pengetahuan guru.
  • Sebarang kehilangan peralatan/bahan kimia ketika digunakan perlu diganti dengan harga mengikut kadar semasa.
  • Pelajar perlu mengawal tingkah laku ketika berada di dalam kawasan bengkel/nurseri serta bertindak mengikut arahan guru.

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

  • Baca label pada botol atau bekas dengan teliti untuk memastikan bahawa bahan kimia yang akan digunakan itu, adalah betul.
  • Guna bahan kimia mengikut keperluan dan kadar yang disyorkan semasa menjalankan amali.
  • Guna spatula atau sudu plastik sahaja untuk mengambil bahan kimia pepejal.Botol yang mengandungi bahan kimia hendaklah ditutup dengan segera selepas digunakan.
  • Dilarang menghidu dan merasa bahan kimia kerana bahan kimia adalah beracun, menghakis dan merbahaya.

PENGGUNAAN PERALATAN BENGKEL

  • Peralatan bengkel yang bermotor hendaklah digunakan atas arahan dan bimbingan guru sahaja.
  • Peralatan yang bermata tajam hendaklah digunakan dengana cermat dan selamat supaya tidak merbahaya kepada pelajar-pelajar lain semasa melaksanakan sebarang kerja.
  • Dilarang mengambil dan menggunakan sebarang peralatan bengkel tanpa pengetahuan guru.
  • Setiap alatan hendaklah dikembalikan ke tempat asal selepas digunakan.
  • Semua alatan yang digunakan hendaklah dibersihkan sebelum dikembalikan atau disimpan ke tempat asal.
  • Peralatan yang berharga/mahal adalah di bawah tanggungjawab individu atau kumpulan yang menggunakannya. Nilai harga barangan adalah mengikut kadar semasa.
  • Jika berlaku kerosakan kepada alatan hendaklah dilaporkan segera kepada guru.
  • Jika ada kehilangan atau kekurangan semasa dikembalikan, hendaklah dilaporkan kepada guru dengan segera.
  • Mencuri adalah salah, pelajar yang terlibat akan dikenakan tindakan disiplin dan undang-undang.
  • Penggunaan alatan dengan cara yang CERMAT DAN SELAMAT adalah amalan Unit MPV Landskap dan Nurseri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment